25 August 2015

5 SEBAB SAYA BUAT BISNES SHAKLEE

Assalamualaikum semua, dah lunch semua? Saya baru sudah lunch. hehe.. Alhamdulillah rezeki hari ini saya makan kat bawah ofis ni je, sebab fikir nak update blog. Rindu nak berblogging ni. So untuk warm up balik blog saya ni, meh saya kongsikan  antara ASBAB atau SEBAB yang menolak diri saya untuk buat bisnes shaklee. Nak tahu kenapa? Mari baca
.
.
.
.

1.  MODAL RENDAH

Terus terang saya katakan, bisnes shaklee tak memerlukan modal yang tinggi pun. Masa awal-awal daftar saya tak bayar rm 75 sebagai yuran keahlian sebab saya beli barang untuk dapatkan FREE MEMBERSHIP. So saya memang dah untung di situ. Cuma, untuk kembangkan bisnes dari masa ke semasa saya dengan rela hati invest untuk buat flyers, poster, banner, booth fee dan macam-macam lagi lah. Saya invest dengan bonus shaklee tau. Tak pernah usik duit gaji saya pun. Buat stok pun saya guna duit bonus shaklee saya. Alhamdulillah memang tak membebankan. Dengan keadaan ekonomi sekarang, perlu difikirkan sehingga seratus kali untuk buka bisnes yang modal tinggi.

2. ONLINE & OFFLINE

Sejak 2010, bisnes online semakin mendapat sambutan hangat dari seluruh warga malaysia. Hanya dengan berbisnes online, ramai sangat yang dah jadi jutawan, work at home mother, dan ada juga suami isteri yang dah resign sebab buat bisnes online ni. Sama juga konsepnya dengan bisnes shaklee. So saya dapat melebarkan kan sayap antara online dan offline. Kalau offline sahaja, dapat sekumpulan kecil pelanggan dan haruslah bertubi-tubi marketing yang perlu dibuat.

3. KELUARGA

Sebenarnya, inilah sebab utama saya buat shaklee. Anak-anak saya. Alhamdulillah, banyak jatuh bangun saya dalam bisnes ini tapi Allah masih lorongkan dan cekalkan hati saya. Passion saya terlalu kuat. Setiap kali pergi ke kerja, saya selalu berharapan untuk duduk di rumah, jaga anak-anak saya. Masak sendiri, ajar anak saya sendiri. Hati kena cekal dan push factor kena kental!

4. SYARIKAT LEBIH 50 TAHUN DI PASARAN!

Di pasaran kita lihat bermacam-macam lambakan produk yang dijual. Terlalu banyak. Ada yang tak ada kelulusan KKM, ada yang diragui bahan-bahannya dan ada yang tiada kajian kukuh. Berbeza dengan produk Shaklee, yang sudah menjalani pelbagai kajian klinikal, dan produk shaklee ni semulajadi. Tak ada tambah pewarna ke, perasa ke. Mesra alam gitu. So bila company dah kukuh, lagi mudah untuk kita jual dan sharing pada orang.

5. FINANCIAL FREEDOM

Tentang financial freedom ni saya pernah post kat FB saya dulu. Panjang lebar juga saya karang  tentang pentingnya financial freedom. Sekarang ni semua fikir DUIT DUIT DUIT. Perlu lunaskan hutang itu dan ini. Sampai alpa sebenarnya kita perlu kejar dunia akhirat juga. So untuk balance kan, kenalah ada duit cukup untuk bantu orang, untuk keluarkan zakat, untuk sedekah, untuk kurangkan riba bank sebab loan rumah dan macam-macam lagi. Hidup akan jadi lebih fokus untuk kejar akhirat nanti. Ha,,gitu..hehe. Bagi saya kejayaan ni dari Allah. Jadi kita perlu la mendekatkan diri dengan Allah, Jemput rezeki anda dengan cara-cara tertentu yang ramai dah cuba.

Anda boleh menyertai empayar saya sekarang! 10 orang terawal akan mendapat kit istimewa dari saya juga ye. Shaklee pun ada bagi kit, saya pun akan bagi kit istimewa untuk anda! Jom sertai kami! ;)



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

0 comments: