10 August 2015

10 TIPS JIMAT MASA UNTUK WANITA BERKERJAYA MENGURUSKAN RUMAH TANGGA

Salam mommies semua,

Semalam saya jumpa artikel best tentang tips bekerja di rumah tanpa pembantu rumah. Dah lama saya tak up entri di sini. Dah kurang sejak maid saya dah tak ada. Secara jujurnya, bekerja dan menguruskan rumah tangga memang satu hal yang sangat mencabar.

Syukurlah di tempat kerja saya tak adalah kerja teruk macam kat production kilang dulu. Masa awal-awal tak ada maid, susah betul nak adjust masa. Sebab dah biasa ada maid kan. Hehehe.

Rutin saya, bangun pagi, gosok baju, tengok laptop sekejap jika ada masa untuk update bisnes shaklee, kemudian sidai baju , packing barang anak ke tadika, buat air suami dan buang sampah.

Antara tips-tips menarik yang saya gunakan :

1. Selalu dah rancang nak masak apa. Saya tak ada jadual nak masak apa tapi wajib saya fikir nak masak apa sebelum saya sampai di rumah. So saya fikir-fikir apa bahan yang ada dalam peti sejuk atau tak. Kalau tak ada saya suruh suami beli.

2. Sentiasa kosongkan sinki dengan segera, sebab bila balik rumah sinki tak kosong lagi memang consume time untuk saya kemaskan. So kalau ada masa awal pagi tu saya akan clearkan semua. Kalau tiba-tiba bangun lewat, saya akan buat lepas balik kerja

3. Saya tak ada masa hujung minggu untuk potong bawang siap-siap, sebab rumah saya selalu ada tetamu dan saya suka spend time dengan anak-anak saya rather than duduk di dapur lama-lama. Ikan pula, emak saya ajar kalau nak masak baru siang, baru lagi fresh :)

4. Masa masak tu la banyak multi task saya buat. Kalau sambil goreng ikan, saya akan basuh beras dan masak nasi, kemudian tengok ikan balik, lepas tu masuk baju kotor dalam mesin atau potong bawang, sayur-sayur. Kemudian baru buat sambal or kari or menu-menu lain. Selalu sementara masak saya akan basuh pinggan mangkuk atau entertain anak. Masa tu la anak punya request macam-macam timbul

5. Lepas makan semua baru saya kemas ruang tamu, sapu dan mop. Kemudian mandikan anak atau tukar baju anak jika perlu.

6. Solat magrib selalu saya akan pergi solat in between jika masa tak cukup. Sebab kalau lambat sangat saya prefer solat dulu di bilik bawah.

7. Lipat baju! Lipat baju memang sangat mendugakan bagi saya sebab saya tak ada masa nak duduk depan tv bagai. hehe. Kalau ada rancangan menarik saya akan tengok sekejap sambil lipat baju kemudian letak dalam bakul, kalau ada masa saya akan susun balik dlm wardrobe, kalau tak jumaat baru saya akan buat. :P

8. Untuk defrost ikan atau ayam, saya akan letak di bahagian peti bawah sebelum saya pergi kerja. So bila balik tu tak adalah lama saya nak tunggu. Lepas ni kena apply tips microwave tu. Berguna juga.

9. Clean as you go! Elakkan bertangguh-tangguh. Bagi saya kebersihan tu amat penting. Kalau buat on dot, memang tak perlu susah-susah hujung minggu nanti. Contoh, kalau rasa tandas tu kotor, saya akan cuci sekejap sebelum mandi. Sekejap je, tak perlu 10 minit or 20 minit. 5 minit dah cukup untuk bersihkan 'crucial part'. Do it right first time, konsep manufacturing yang saya belajar, contoh susun cawan terus elok2, lepas bancuh susu terus letak di tempatnya. Alhamdulillah suami banyak bantu untuk terapkan nilai ni :P

10. Rehat itu penting. Bagi saya rehat adalah semasa solat dan mandi. Sempat lah landing 5 minit kemudian sambung balik. Kita bukan mesin ye nak bekerja 24 jam non stop. Rehat tu penting. Kalau tak ada rehat, silap-silap asyik nak marah atau masakan tak sedap sebab tak ikhlas. :P

Itu sedikit sebanyak cara saya. Saya paling suka kalau tak perlu masak on weekdays walaupun minat saya adalah memasak. Memasak lepas balik kerja mencabar tau. hehe. Kalau saya tak perlu masak saya akan kemas chores yang lain. ;)

To all mommies,
You all super mom! Teruskan pancing pahala akhirat di dunia ini. Insha Allah.


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

0 comments: