01 March 2015

TIPS KURUS : BAKAR KALORI SEMASA MENYUSUKAN ANAK!!

Assalamualaikum mommies semua,

Tengok tajuk mesti ramai nak tahu cara nak kurus dengan breastfeeding kan. Sebenarnya konsepnya sama sahaja. Kalori di ambil = kalori dibakar, formula ini digunakan untuk mengekalkan berat badan yang sedia ada. Kalau nak kurus lagi, kena lah bakar lebih kalori.

Ok, berbalik kepada cerita penyusuan boleh membakar kalori, setiap oz susu yang di hasilkan akan membakar 20 kalori. Saya petik dari web : http://exclusivepumping.com/2014/03/13/losing-weight-while-exclusively-pumping-part-1-how-many-extra-calories-do-i-really-need/

So katakan anda pam sebanyak 20 oz setiap hari, maka kalori yang di bakar adalah 20 x 20 = 400kcal! Kalau campur dengan direct feed sampai ke malam anda mungkin bakar sehingga 500 kcal setiap hari hanya dengan menyusukan anak anda!hehe..menarik kan!

So 500kcal setiap hari tu kira banyak jugak tau. Keperluan kalori individu bergantung pada jantina, umur dan juga pekerjaan mereka. Nanti saya up lagi entri tentang kalori ni. Bye!






Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

0 comments: