03 March 2015

RESIPI NUGGET IKAN PALING SIMPLE MUDAH DAN RINGKAS!!

Assalamualaikum semua,

Jom kita tengok resipi pulak. Asyik jamu mata dengan supplemen je, makanan yang berkhasiat pun penting jugak kan.

Nugget ikan atau fish cutlet ni memang favourite saya dari dulu. Emak dulu suka buat dengan sotong dan ikan. Sesuai untuk budak-budak yang picky eater, semua khasiat boleh dapat dalam seketul nugget kecuali la vitamin dan mineral..ahaks!Jom tengok bahan-bahan. Sangat simple, sangat mudah, yang penting bahan kena ada lah kan.

Bahan-bahan

Ikan tenggiri 2 keping
Telur 1 biji
Kentang lenyek ( saya tak masukkan)
bawang dan cili dihiris kecil2. ( saya tak masuk cili sebab anak saya tak suka pedas)
serbuk kunyit, serbuk ikan, serbuk cili merah, serbuk jintan manis ( semua sikit je, tak sampai sesudu)
garam ( optional untuk anak berumur kurang dari setahun)

Cara-cara nya :

Mula-mula rebus ikan dalam air sekejap, kemudian buang tulang. Saya pilih tenggiri sebab tulang tak banyak. Gambar rebus dah hilang plak :P. Kalau nak campur kentang pun kene rebus asing.  Boleh lenyekkan isi ikan. Saya guna jalan mudah, blend je terus dengan telur. hihi. Boleh pilih nak hancur halus or nak kasar-kasar. Ikut kesesuaian, kalo budak nak makan better halus sikit. :)

Pastu tambah lah semua rempah-rempah dan garam serta bawang or cili.

Gaul sebati agak-agak semua rempah masuk dalam ikan tu dan goreng!
Siap!!!




Senang kan nak buat? Budak-budak pun selalu suka sebab ada rasa rempah sikit. Boleh makan dengan nasi atau makan saja. Selamat mencuba!!!

0 comments: