19 November 2014

TEMPAT MENYUSU PALING SELESA APABILA SHOPPING!!

Assalamulaikum semua, nampak tak gambar bawah ni? Gambar ni saya ambil kat jusco IOI puchong. Hee...masa tu keluar lunch hari jumaat so saya ambil gambar ruang menyusu ini sebab saya tengok sangat selesa dan bersih. Walaupun berdekatan dengan tandas, tapi memang super cantik dan selesa! 


Bagus kalau kat setiap shopping complex mereka sediakan bilik menyusu atau nursing room. Kalau yang paling menarik, setiap sudut shopping complex ada ruang ini membolehkan si ibu tak ada la berjalan jauh untuk menyusukan anak.

Saya buat entri ini sebab bukan semua wanita yang menyusukan anak ada high confident untuk nursing in public. Saya antaranya. heee...Memang tak reti ,tak cuba dan tak pernah. :P

So apakah solusi paling mudah untuk masalah seperti ini?

1. Kereta
Sebelum shopping, beri susu pada anak dalam kereta. Ini memang cara saya praktik masa syamil dulu. Sebab memang dia akan menyusu setiap 3 jam sahaja. So memang saya takkan berjalan lebih dari 3 jam . By the time balik tu boleh dah menyusu dalam kereta balik...heee..

2. Surau
Surau ni memang pilihan utama. Tapi agak susah jika surau di tempat jauh dari tempat keluarga tengah bershopping. Tapi kalau terpaksa dan tak ada pilihan lain, saya gagahkan jua. hehe..

.
.
.
.
.
.
.
DAN
.
.
.
.
.
jusco

FITTING ROOM!!!

Yeah!, Paling mudah yang saya pernah jumpa setakat ini. Tapi saya tak pernah pergi lagi fitting room yang selak-selak ni. Haha. Untuk budak-budak boleh la. Kalau nak fitting baju pun tak berani kot dalam ni sebab takut terselak..hihi. Tapi mostly fitting room yang saya pergi tu ada lock dan memang tak menjadi masalah untuk menyusu. Senang! Mana2 area shopping complex mesti ada. Duduk bersila ja! 

Moga tips ini bermanfaat untuk anda semua!!! Happy breastfeeding !!

2 comments:

NabilaHasyim CUCKOO said...

First time dpt idea myusu dlm fitting room.

Sy stkt ni, OK jgk bo myusu smbil bjalan. Cuma kna duduk sekejap utk mula bf (tanpa carrier :))

Unknown said...

hehe...okla tu nabila...leh menyusu sambil berjalan...anak2 kite lgsg tak nak..huhu