06 November 2014

Antara pelaburan PAM SUSU atau SUSU FORMULA?

Assalamualaikum semua..

Dah lama tak menulis dlm blog kesayangan ini. Saya tertarik bila tengok artikel dalam utusan ini. Artikel mengenai subsidi dan barang kawalan bayi. Tidak dinafikan perbelanjaan untuk bayi sahaja kadang-kadang melonjak sehingga mencecah ribuan ringgit. Terkejut? Memang ini faktanya. Hanya susu formula dan lampin pakai buang sahaja boleh dominasi perbelanjaan seisi keluarga. Cuba bayangkan jika ada anak-anak yang kecil berderet, mereka tentu akan dilema untuk berbelanja lebih.

Masa saya bersalinkan syamil dulu, saya tak tahu pun harga susu formula untuk bayi sehingga 1 tahun. Saya dapat tahu dari kawan-kawan yang beli untuk bayi mereka. Terbeliak juga biji mata melihat harga yang sangat tinggi itu.

Dan bila kita tengok, susu formula untuk bayi 0 bulan sehingga 12 bulan adalah paling mahal sekali! Kenapa? Mungkin hendak memastikan kualiti yang terbaik untuk si manja. Tapi mana mungkin akan sama dengan susu ibu kan?

Jom kita buat perbandingan antara pelaburan PAM SUSU dengan susu formula (sehingga 2 tahun).

susu formula


spectra m1


Perbandingan ini adalah contoh ye :

Susu dalam 600 g = RM 50

Sebulan paling kurang beli 3 atau 4 peket = RM 50 x 4 = RM 200 ( Ini kira susu yang paling murah ye).

Kalau setahun = RM 200 x 12 =RM 2400

Kalau 2 tahun = RM 2400 x 2= RM 4800

Tapi mungkin tahun ke dua dah kurang minum susu dan lebih banyak makan, so kita tolak rm 1000.

= RM 3800~~~

RM 3800 sepanjang dua tahun dengan susu formula!

Ok, berbalik pada pelaburan pam pula untuk meneruskan misi penyusuan susu ibu. Saya ambil purata ye bergantung pada jenis pam.

Pam manual + - = RM 150.00

Pam Elektrik = RM 350.00

Free style = RM 1000.00

Tak semua ibu-ibu yang beli pam canggih, tapi mampu masih dapat menyusukan anak sehingga 2 tahun!!

Katakan seorang ibu memilih untuk beli pam elektrik, Purata harga adalah RM 500 sahaja! Tambah cooler bag la, ice pack la, storage bottle la,, Saya letak RM 1000 untuk pelaburan pam susu dan aksesori!

Kalau betul-betul diservis dan jaga pam tersebut untuk anak yang sterusnya? ha,,,,kira lah sendiri,,,memang jimat dan yang paling penting dapat the best iaitu





SUSU IBU!!!

Mana murah? Mana mudah?
Betul penyusuan susu ibu memerlukan seribu pengorbanan. Itu pun dah dapat reward di akhirat nanti kan? So..siapa untung?

Kita juga kan...



**Boleh dapatkan tips-tips eksklusif dari saya untuk penyusuan susu ibu :)






Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

0 comments: