13 October 2014

Merokok musnahkan vitamin C!!



Lately ni asyik nak cerita tentang perihal merokok je kan. Saya memang cukup pantang kalau orang merokok ni. Sia-sia merokok ni. Dahlah benda tu haram, merosakkan kesihatan, membazir duit, membazir masa dan macam-macam lagi lah. Sebelum ini saya ada kongsikan tentang perihal vivix dan cara berhenti merokok, hari ini saya nak cerita simple aje. tentang vitamin C dan ROKOK!

INFO MENARIK!!!

Sebatang rokok boleh menghapuskan 25-50mg vitamin C di dalam badan!!!

Ha, nampak sikit kan? Tapi 25 mg tu paling minimum tau, Ada sumber yang claim 50-100mg vitamin C jugak. Itu baru sebatang rokok. Kalau perokok tegar, paling kurang sekotak rokok berjaya di habiskan.

Sehari dah dekat 250mg vitamin C hilang begitu sahaja! Bila vitamin C berkurangan, jadi sistem imun badan jadi lemah. Mula lah sakit-sakit yang lain mulai hinggap. Terasa lemah dan tak aktif. Dan ada perokok yang mengadu sakit-sakit badan. Kenapa? Sebab bila dah kurang vitamin C , tak boleh la nak bina kolagen kerana itu adalah salah satu fungsi utama vitamin C. 

Merokok ini hanya membawa seribu keburukan dan tiada kebaikan. 

Perokok tegar sila lah ambil vitamin C lebih dari 2 biji sebab anda perlukannya! Tapi saya lagi suka advise, STOP SMOKING, anda akan lebih bersyukur!;)


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

0 comments: