27 September 2014

Dari dapur : Resipi apam paling sedap di dunia!!

Salam berhujung minggu semua, semalam saya saja lah up post kat fb tentang buatan apam sendiri. Baru pertama kali cuba tau dan hasilnya memang menjadi..soft..sedap..berlemak..sesuai untuk budak2 yang sukakan kelainan. Dan healthy jugak!

apam
Ini lah apam saya. Patutnya putih kan, tapi ini saya modify jadi apam manis


Lepas beberapa minit saya letak gambar ni di fb, ramai komen nak resipi. Tak sangka ramai suka ye. Dulu saya tak suka pun makan ni. Rasa macam masam-masam. Tapi sekarang ni suka sangat! Licin kalau emak buat.

Sebab ramai nak tahu buat resipi ni, saya akan share resipi turun temurun ni. Kalau apam gini, kena betul-betul pakar yang bagi resipi. Bagi saya ibu saya memang dah pakar sebab dia ada tips-tips ekslusif. Ok jom tengok resipi nya.

Sebelum tu, masing-masing kalau nak buat kena ada kuali apam tau. Kuali apam tu boleh beli kat mana-mana kedai perkakas india. Dekat kelang dan masjid india banyak. Kalau ada kuali lempeng atau apam balik pun boleh,cuma tak adalah jadi macam piring terbang tu kan. hehe. Nak cari kuali tu senang je. Bukan susah mana.

Resipi APAM

Bahan-bahan

4 cawan beras putih
setengah biji kelapa
1 mangkuk kecil nasi masak direndam dalam air
sedikit air
garam
soda bikarbonat

CARA-CARA

1. Rendam beras dalam air selama 9 jam. Kalau saya, saya akan rendam sebelum pergi kerja pagi tu. Lepas balik kerja baru akan sambung. so cun-cun 9 jam beras tu dah direndam. Beras tu bila da direndam akan jadi kembang sedikit. Lepas 9 jam, tos beras tersebut.

2. Ambil setengah biji kelapa yang diparut dan masukkan ke dalam beras tadi. Gaul rata sehingga bercampur semua.

3. Nasi yang di rendam tu pun boleh gaul sekali atau boleh masuk nanti semasa blend secara berselang-seli.

4. Blend beras+kelapa tersebut sehingga halus. Macam saya guna blender khas, memang soft. Kalau blender yang biasa tu, kena sabar sikit ye, Kena blend betul-betul bagi halus. Cuma tekstur kalau rasa kat jari macam ada kasar sikit sebab beras tersebut. Tapi kalau tengok dengan mata kasar dah jadi macam halus dah. Blend tu kena campur air tau. Jangan cair sangat , jangan pekat sangat. Kena macam pekat sikit ala-ala nak buat lempeng tu.

5. Dah blend semua, masukkan dalam bekas atau mangkuk besar ye. Pastikan ada ruang dalam 3/4 lagi sebab tepung ni akan menjadi tapai. Dia akan kembang, kalau letak bekas kecik ngam-ngam memang akan melimpah.


6. Lepas tu, biar selama 12 jam rendam tepung tu. Macam saya, jumaat malam blend, Sabtu pagi tu boleh buat dah. Hehe.

7. Lepas 12 jam tu, tengok tepung tersebut. Pastikan gaul sebati lagi sekali sampai smooth. Kemudian tambah garam 2 sudu kecil dalam tepung tu.

8. Boleh masak dah! Masa nak masak tu baru masukkan secubit atau 2 cubit soda bikarbonat. Selalunya, kalau sukatan yang saya bagi ni untuk satu famili 5 orang, boleh makan tiga kali. So kalau nak masak tu baru ambil sedikit yang nak masak je, Lepas tu baru campur soda bikarbonat. Yang tak nak masak tu boleh masuk bekas dan tutup rapat dan letak dalam peti sejuk. Bila-bila nak boleh buat ( selalu dalam masa seminggu)

MACAM MANA NAK BUAT??

1. Kalau anda nak apam ni cicah dengan kari ikan or udang ( favourite) , anda boleh buat kosong je. Tuang. Guna satu sudu senduk untuk satu apam. Kemudian pusing-pusing kuali tersebut supaya dapat jadi kerak kat tepi tu..buat cantik-cantik tau..lepas tu kalau nak letak telur, boleh pecahkan sebiji telur tengah-tengah tu. kacau telur tu sahja tau. Jangan usik tepung tu, kacau telur sikit supaya dia letak elok kat tengah-tengah apam tu. Dan tutup kuali. Api kena perlahan dan kena sabar menunggu. Sebab tak perlu terbalikkan apam ni. Lepas masak boleh angkat terus
guna senduk begini. satu apam satu senduk

2. Kalau nak apam manis, boleh campur telur dan gula perang sedikit. So boleh makan macam tu aje. Tak perlu kuah..

3. Kalau nak makan dengan santan, boleh letak santan dan gula kat dalam apam, rendam sekejap dan makan!

Tak tahu la korang faham ke tak. Kalau nak tanya soalan boleh pm saya. Heee....Hope faham la...hehe..selamat mencuba!!



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

0 comments: