11 July 2014

HOME DEKO : RUANG TAMU & RUANG MAKAN RUMAH KAMI

home deko bersama eric leong

Home Deko


Assalamualaikum,
Lama dah tak tulis tentang deko rumah atau susun atur rumah. Sangat busy dan tak sempat nak hias-hias rumah pun. Kalau ada lebih 24 jam kan bagus...heeee...
ruang tamu
Ruang tamu saya

Sorry ye, gambar blur!. Tapi boleh nampak kan. Inilah susun atur sofa rumah saya. Sofa ni di beli dkt greenwood city. Katil pun beli kat kedai dia jugak. Sedap duduk, tak lembut dan tak keras sangat. Harga dekat RM 4k gak. Coffee table kat tengah-tengah tu saya memang tak tahu nak letak tang mana sebab agak mengganggu kalau letak tengah. Coffee table tu di beli dari perabot Hashim sungai buloh. Murah! RM 120 je kot. Boleh tempah yang custom made juga di sini. Kedai nya dekat deret jalan paya jaras sungai buloh tu...Ke arah kuala selangor, kedai belah kiri. :)


Nampak tak tikar yang tergulung dihujung sana? Tikar biasa yang senang nak lap bila budak2 tumpah air. Tapi anak saya selalu sangat tumpahkan air bagai. Kesian maid saya nak asyik lap dan jemur kalau dah basah sangat. End up saya gulung dan letak dulu. Tunggu weekend or orang nak datang baru bentang boleh tak??? heeeee....Bantal besar tu yang penting kalau nak lepak baring sambil tengok tv. Sogo mari...hehe...

Kain langsir pulak, saya pilih warna ungu. Saja-saja pilih. Beli kat kamdar. Design langsir ni cun dan murah! Langsir rumah memang benda yang penting saya buat sebelum pindah rumah.:)
televisyen
Rak tv
Rak tv ni pulak custom made. Dekat RM 2k. Design tu saya yang buat..tepi kotak tu nak letak pasu tinggi sebenarnya, tapi tak jumpa lagi, so letak aje lah hiasan yang ada walaupun tak berapa berkenan. Decoder semua saya build in, wayar tarik ikut belakang kabinet.



Kipas tu macam cacatkan keadaan tapi who cares, panas kot!! haha.. Nampak divider living room saya belah kiri gambar tu? Divider design pun saya dan hubby buat. Kalau nak tengok gambar yang lagi jelas leh tengok entri ini. Sebab buat divider ini untuk asingkan tempat makan dan ruang tamu...:)

susun atur perabot
Bantal ungu nak match dengan langsir ungu. Husband tanya, kalau langsir tukar cmne? Ha...tu nanti boleh fikir naaa....

meja makan
Ni ruang makan saya

Ruang makan saya agak kecik, tapi just nice. Saya suka design meja makan bulat..asyik petak je, so nak kelainan saya beli yang bulat. Harga meja makan tengah offer time tu, RM 1.6 k sahaja full marble, kerusi ala2 leather..hihi...beli di perabot bahagia kat shah alam. Tak perlu alas meja bagai sebab marble kan..senang nak lap.


Ruang ni masih kosong. Kena tambah lampu, cermin atau nak cat belakang tu...hehe...nanti dulu lah..banyak sgt dah spend ni ha.....:P

Ok,,itu sahaja untuk entri kali ini..jom susun atur!!!

PS: NAK SHAKLEE PRODUCT DENGAN HARGA MANTAP DAN CONSULTATION HEBAT!!HUBUNGI SAYA!!


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

1 comments:

Fizah said...

suka sgt dgn design rak tivi tu..ada hati jgk nk wat cmni nti...tp kena siapkan ongkos dulu...tp taktaula jadi cantik mcm ni ke tak...hehe