18 July 2014

PETUA TRADISIONAL YANG SUPER MUJARAB : SELESEMA BAYI HILANG!

bayi selesema

Kalau ibu bapa yang ada bayi selesema tentu buat kita serba tak kena kan? Sebab akan mengganggu penyusuan atau tidur bayi itu sendiri. Saya cukup risau kalau anak-anak saya kena selesema. Memang akan fikir alternatif untuk sembuhkan selesema.


Tapi seperti yang ramai dah maklum, ubat selesema untuk bayi tidak digalakkan dan bagi saya memang tak akan ada kesan cuma bayi atau kanak-kanak akan tidur dengan lena sebab effect ubat itu. Tapi selesemanya tak pernah hilang. Ini pengalaman saya masa syamil. 3 hari bagi ubat selesema yang dibekalkan oleh doktor tapi tak baik- baik juga.

NAK TAHU PETUA TRADISIONAL YANG BERKESAN???

Tips ini memang patut dipraktikkan sebab keberkesanannnya hampir 90% pada anak-anak saya. 10% tu kita serah pada ketentuan Allah :) . Tips ni datang dari emak dan emak mertua saya. Jom tengok guna apa

petua tradisional
Daun bangun-bangun atau dalam bahasa tamilnya 'KARPURA VALLI'


Daun apa tuh? Tak pernah nampak ek? Memang jarang-jarang kita nampak daun ini sebab daun hijau ini hanya akan terdapat di rumah-rumah orang india atau pun di rumah orang yang memang dah tahu khasiat daun ini. Daun karpura valli ni banyak khasiat dan juga boleh jadi as milk booster. Tapi saya tak pernah try la.

MACAM MANA NAK GUNA DAUN INI?

Saya start guna lepas bayi dah lepas 6 bulan, kalau sebelum itu kena selesema saya guna cara tradisional yang lain , saya akan cerita tentang ini di akhir entri. Untuk bayi lebih dari 6 bulan:

1. Petik dalam 4 helai daun karpura valli / bangun-bangun ini. Pastikan daunnya besar-besar untuk kesan yang optimum.

2. Basuh bersih-bersih daun tersebut

3. Layarkan atas periuk panas atau perkakas panas. Ini untuk heat daun tu, tak yah layar atas api. 

4. Tumbuk daun tersebut sampai lumat

5. Perah daun yang dah di tumbuk itu

6. Masukkan dalam picagari ( selalu akan dapat 2-3 ml) 

7. Beri pada bayi

Boleh amalkan ini 2 hingga 3 kali setiap hari semasa selesema. Insha Allah hilang. Saya baru guna 2 kali memang akan kering selesema anak saya. Powerful leave! Anak anda mungkin akan berak hijau atau lendir, sebab daun itu menjalankan fungsinya. 


Kalau untuk kanak-kanak lebih setahun boleh bagi cara atas juga cuma dengan kuantiti lebih atau boleh di campur bersama madu. :)

Kadang-kadang kalau ada batuk atau kahak, saya akan campur dengan daun thulasi dan sirih.

Selain itu, saya akan sapu kunyit hidup yanng diekstrak jusnya atas hidung bayi. Yang ini pun cepat kering!
Kalau masa dulu bayi saya selesema teruk umur 4 bulan, saya guna teknik pengewapan.

Teknik pengewapan ini di ajar oleh dr rozita. Senang aja, panas kan air dalam satu periuk besar. Kemudian lepas mendidih guna asap itu, halakan pada muka bayi. Jauh sikit, agak-agak bayi boleh kena asap itu. Kalau ada vicks lagi best sebab baby akan rasa lega. Memang dia akan tidur lena lepas tu dan hingus tu selalu keluar bersama beraknya.

Ha, ada yang tanya macam mana nak cari daun karpura valli kan? Kalau rajin, boleh tanam sendiri. Kat rumah mak saya memang dah ditanam. Boleh cari pucuk atau daun ini kat kedai india yang jual bunga atau tepi-tepi kuil. Ye, saya memang cari bagai nak rak walaupun kat tepi kuil batu caves masa syamil selesema teruk dulu. Memang berjaya dapat. Nasihat saya, senang tanam aje. Boleh tanya pada kebun bunga yang jual herba-herba atau pokok ubatan.

Dan satu lagi petua, saya amalkan vitamin C +nutriferon semasa menyusukan anak. Memang membantu!!

Semoga tips ini sedikit sebanyak membantu anda!! :)


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

11 July 2014

HOME DEKO : RUANG TAMU & RUANG MAKAN RUMAH KAMI

home deko bersama eric leong

Home Deko


Assalamualaikum,
Lama dah tak tulis tentang deko rumah atau susun atur rumah. Sangat busy dan tak sempat nak hias-hias rumah pun. Kalau ada lebih 24 jam kan bagus...heeee...
ruang tamu
Ruang tamu saya

Sorry ye, gambar blur!. Tapi boleh nampak kan. Inilah susun atur sofa rumah saya. Sofa ni di beli dkt greenwood city. Katil pun beli kat kedai dia jugak. Sedap duduk, tak lembut dan tak keras sangat. Harga dekat RM 4k gak. Coffee table kat tengah-tengah tu saya memang tak tahu nak letak tang mana sebab agak mengganggu kalau letak tengah. Coffee table tu di beli dari perabot Hashim sungai buloh. Murah! RM 120 je kot. Boleh tempah yang custom made juga di sini. Kedai nya dekat deret jalan paya jaras sungai buloh tu...Ke arah kuala selangor, kedai belah kiri. :)


Nampak tak tikar yang tergulung dihujung sana? Tikar biasa yang senang nak lap bila budak2 tumpah air. Tapi anak saya selalu sangat tumpahkan air bagai. Kesian maid saya nak asyik lap dan jemur kalau dah basah sangat. End up saya gulung dan letak dulu. Tunggu weekend or orang nak datang baru bentang boleh tak??? heeeee....Bantal besar tu yang penting kalau nak lepak baring sambil tengok tv. Sogo mari...hehe...

Kain langsir pulak, saya pilih warna ungu. Saja-saja pilih. Beli kat kamdar. Design langsir ni cun dan murah! Langsir rumah memang benda yang penting saya buat sebelum pindah rumah.:)
televisyen
Rak tv
Rak tv ni pulak custom made. Dekat RM 2k. Design tu saya yang buat..tepi kotak tu nak letak pasu tinggi sebenarnya, tapi tak jumpa lagi, so letak aje lah hiasan yang ada walaupun tak berapa berkenan. Decoder semua saya build in, wayar tarik ikut belakang kabinet.



Kipas tu macam cacatkan keadaan tapi who cares, panas kot!! haha.. Nampak divider living room saya belah kiri gambar tu? Divider design pun saya dan hubby buat. Kalau nak tengok gambar yang lagi jelas leh tengok entri ini. Sebab buat divider ini untuk asingkan tempat makan dan ruang tamu...:)

susun atur perabot
Bantal ungu nak match dengan langsir ungu. Husband tanya, kalau langsir tukar cmne? Ha...tu nanti boleh fikir naaa....

meja makan
Ni ruang makan saya

Ruang makan saya agak kecik, tapi just nice. Saya suka design meja makan bulat..asyik petak je, so nak kelainan saya beli yang bulat. Harga meja makan tengah offer time tu, RM 1.6 k sahaja full marble, kerusi ala2 leather..hihi...beli di perabot bahagia kat shah alam. Tak perlu alas meja bagai sebab marble kan..senang nak lap.


Ruang ni masih kosong. Kena tambah lampu, cermin atau nak cat belakang tu...hehe...nanti dulu lah..banyak sgt dah spend ni ha.....:P

Ok,,itu sahaja untuk entri kali ini..jom susun atur!!!

PS: NAK SHAKLEE PRODUCT DENGAN HARGA MANTAP DAN CONSULTATION HEBAT!!HUBUNGI SAYA!!


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

10 July 2014

ESP & Vitalea : Tak boleh bertemu tapi kombinasi hebat!!

multivitamin shakleejana tenaga berkekalan

Assalamualaikum semua, apa khabar semua? Macam mana dengan puasa anda semua? Goin ok? Saya doakan semoga semuanya baik-baik belaka.

Sebenarnya, saya nak share tentang sesuatu yang mengujakan saya pada hari ini. Kisahnya begini, saya selalu struggle nak tidurkan anak-anak saya. Yang baby tu ok je,tapi syamil ni selalu lambat sikit nak tidur so, sy akan tunggu sampai mereka tertidur baru buat kerja lain. Tapi malam semalam, kerja banyak lagi tak siap, tak masak untuk sahur, tak susun baju dalam almari, tak update biz..Tup-tup memang tertidur. Hubby pun tak kejut :( . Terjaga dalam 2.30 pagi gitu. Fikir-fikir mahu layankan tidur atau nak sambung kerja. Memandangkan kalau nak bertangguh akan buat saya stress so saya bangun.

Saya solat isyak, pastu masak nasi goreng, lepas tu telan vitalea. Sambil-sambil masak tu saya minum vitagen sebab nak penyerapan yang bagus untuk vitalea tadi. Kemudian saya buat kerja saya macam biasa, lipat kain, update blog dan schedule post. Dalam pukul 5 cam tu saya makan nasi goreng dan ESP+milo. Lepas tu terus pergi kerja pukul 6.30 pagi.

Nak tahu hasilnya?? Alhamdulillah. sangat bertenaga walaupun workload kat ofis agak banyak. Baru saya sedar vitalea ni boleh elak mengantuk juga. Kenapa kita mengantuk? Sebab kurang oksigen dalam darah .Untuk mengetahui tentang kaitan IRON dan mengantuk ,Boleh refer link ini

Vitalea ni memang best multivitamin bagi saya. Walaupun dulu memang saya dah ada testimoni sendiri yang buat saya cergas, tapi sebab lama sgt mcm tak ambil vitalea macam hampir dah lupa.

Kenapa title saya ESP & Vitalea tak boleh bertemu? Ye, tak boleh di ambil dalam satu masa yang sama. tapi fungsi keduannya memang superb!!

The best multivitamin is multivitamin Shaklee ~ VITALEA
The best soya is Energizing Soy Protein~ ESP

Anda boleh dapatkannya dengan harga runcit atau terus beli di E-SELL.
Atau kalau nak murah sikit boleh whatsapp saya di 0122319979. Saya akan timbang-timbangkan..:)

Selamat berpuasa & kekal bertenaga semua!!











Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

05 July 2014

GASTRIK : MIMPI NGERI SAYA!

Bila sebut pasal gastrik memang hanya orang yang mengalaminya sahaja yang tahu akan NIGHTMARE nya..percayalah, selagi anda tidak berada dalam keadaan tersebut, anda tidak mungkin akan tahu sengsaranya sesuatu penyakit.

Saya adalah salah satu individu terpilih yang dapat menikmati SAKIT GASTRIK. Saya nak share serba sedikit tentang kisah saya dengan GASTRIK. Pengalaman lalu sangat memberi kesan kepada saya sehinggakan saya mahu membantu orang yang menghidap sakit perut gastrik.

Saya tak berapa ingat bila saya kena gastrik. Lebih kurang tahun 2003 kalau tak silap. Sebenarnya cara pemakanan saya tak berapa betul dari tingkatan 3. Asyik studi2 sampai susah nak makan. Makan pun sedikit sahaja. Tapi jadual pemakanan saya tak pernah berubah selama 5 tahun di sekolah menengah. Bila masuk UIA sahaja baru saya terkena GASTRIK. Sebab apa? Makan tak ikut time, lari waktu pemakanan dan memang ikut bedal yang mana sempat. Saya tak tahu nak describe macam mana rasa tu, pedih ulu ati, sakit perut kat tengah2 perut, pening kepala, dan macam-macam lagi lah. Sakit..kadang2 nak menunduk je rasa sebab sakit tu mencucuk2.

Sampai satu tahap, saya sukar buang air besar. Macam-macam treatment yang saya ambil sampai doktor pun dah cakap IM ABSOLUTELY ALRIGHT.

Tapi sakit perut memang menyerang jika saya dah skip lunch hour or any meal. Ha, lagi satu saya baru dikenalkan dengan makanan tomyam pada 2003 oleh kawan baik saya. Saya memang suka sangat, sebab jakun tak pernah makan tomyam selama 20 tahun dengan emak. hehe. So saya rasa makan pedas dan masam boleh trigger gastrik macam yang diceritakan dalam blog ini 

Pantang saya makanan berangin macam nangka, durian atau goreng-goreng mesti saya akan rasa pedih ulu hati. Kalau saya minum teh berlebihan pun akan rasa begitu.

Wah, baru tahu dulu memang sangat2 tak jaga pemakanan. Nak tahu bila saya dah tak rasa sakit gastrik tu?Pada tahun 2012 saya mula ambil ESP secara konsisten. Alhamdulillah, memang terbaik. Sangat bersyukur kerana dapat mengurangkan rasa sakit itu. Sekarang dah langsung tak rasa. :) Alhamdulillah..

Sesiapa yang ada anamia pun boleh mendapat gastrik. Ia berlaku apabila kekurangan vitamin B dalam badan. Baca lebih lanjut dalam web favourite saya .



Antara supplemen yang mampu mengurangkan radang gastrik :

1. ESP

2. B compleks

3. Ostematrix

4. Peppermint ginger plus

Untuk terus membeli set gastrik boleh klik BELI SET GASTRIK. Jika sudah membeli boleh Whatsapp atau SMS saya untuk mengetahui cara pemakanan dan tips-tips yang hebat!!

Selamat tinggal gastrik!!


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

04 July 2014

Dari dapur Rehanswardrobe : ANEKA RESIPI PERFORMANCE DRINK + ESP

Secara jujurnya, tahun ini baru saya cuba PERFORMANCE DRINK semasa puasa. hasilnya? Superb! Bertenaga, kurang haus dan memang best la...So setiap hari mesti akan cuba macam-macam rojak shake yang saya nak...semuanya pun memang sedap dan menghilangkan dahaga selepas seharian berpuasa.

Jom terjah dapur kita!

PERFORMANCE DRINK
PERFORMANCE DRINK + RIBENA / VITAGEN

ISOTONIK DRINK
PERFORMANCE DRINK + JUS TROPIKANA

performance drink
PALING FAVOURITE DAN PALING MUDAH! dan sedap!!!!

Tahu tak selama saya ambil PERFORMANCE DRINK ni memang rasa bertenaga, rasa macam tak guna banyak tenaga walaupun pergi kerja, pam, balik masak, jaga anak...wee..A MUST HAVE DRINK at home!! sangat effektif!!

Siapa yang tak suka minum air suam boleh amalkan air ini...tanpa gas tanpa perisa tambahan! Perisa orange yang sedap..pasti legakan tekak anda...

Ok untuk pembaca blog kesayangan saya, meh saya bagi anda resipi terulung dengan ESP!! Khas untuk anda semua!!!


Nak resipi yang lebih agresif?? Boleh klik resipi smoothies, protein shake yang menarik, atau lebih yummy di sini .

Sedap tau bancuh-bancuh ESP ni..memang mampu meruntun jiwa...perfect HEALTHY DRINK..lagi2 kalau campur bahan-bahan yang seimbang, nak minum shake untuk kurus pun boleh. ESP tu boleh replace dengan CINCH shake juga ye, ikut kesesuaian.

Selamat berpuasa semua!!!







Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading