13 May 2014

Ruang istimewa rumahku!

Assalamualaikum semua....

Jom terjah ruang istimewa rumah saya...semestinya bilik bawah kami yang menjadi port lepak dan multipurpose..sebabnya? Malas nak naik tangga tiap kali walaupun naik tangga tu satu exercise yang baik..hihi...sememangnya adanya bilik bawah sangat memudahkan kerja. Masa dulu kat gombak, bilik bawah tak ada. MIL saya sampai sekarang menyesal pecah bilik bawah sebab sangat tak FRIENDLY USER sebab asyik nak menapak naik atas especially bila nak menyusu or nak tukar baju etc2...

Bilik bawah ni sangat convenient dan saya jadikan tempat multi purpose. Yang utama adalah untuk solat dan rehat2...
Nampak tak hujung sana ada tersangkut sejadah dan telekung? Untuk guest dan saya sendiri kalau nak sembahyang. Sebabnya, balik dari kerja saya terus masak. Jarang saya sembahyang maghrib kat atas sebab saya sembahyang bawah dan sambung masak...effektif tak???? hehe..jimat masa..

Agak tak kemas :p tapi saya memang dah tak tahu nak susun mcm mana lagi dah..sebab ruang dia sangat besar dan wajib pakai divider mcm saya beli dari daiso tu, memang agak tak sesuai tapi okla leh simpan banyak barang and baju2 baby kecik2 aje. So just ok. Baju-baju syamil dan gaun aeisyah saya gantung sebab? Malas lipat!:p Abaikan beg merah n pink tu,,beg harian anak2 saya. Yang tu maid saya yang susun
Almari ni kami pakai masa di gombak dahulu, Letak baju-baju saya, sekarang dah ada wardrobe baru kat master bedroom, so bolehla letak almari ni. Almari ni leh panggil multipurpose cupboard sebab banyak barang dalam nih.Kalau perhati betul-betul, ada tudung saya dan sweater tergantung di hujung tu.
Sebab, kalau tiba-tiba ada orang nak datang, sarung aje. :) saya pastikan tudung tu dah terpin elok ( plan nak jahit je lagi senang ...hehe ) ..Baju-baju MIL dan FIL pun ada di sebelah lagi satu pintu. Kalau mereka singgah, memang mandi or tinggal sini senang jer. Quran dan toto pun ada dalam tu.

Blind : belakang tu ruang sidai baju. Saya dah pasang net, so memang akan bukak tingkap hari-hari untuk pengudaraan yang lebih baik. :) sebelah kanan tu ada pintu, ke tandas..syiok kan..leh mandi or ambil air sembahyang terus masuk bilik. tak payah sarung-sarung tudung incase tetamu lelaki ada kat luar. :)


KATIL!!! Yang ni lah penyeri bilik..hehe...sebabnya, saya boleh menyusu, boleh bagi baby tidur, emak baby pun rehat2 jap, husband saya landing kadang2..memang bilik ni kami gunakan sepenuhnya especially bila baby sangat panas. Bilik ni sejuk sebab KDK fan dan memang naturally sejuk..:) Kadang2 petang2 semua berempat tidur kat bilik ni. Bentang toto..Memang lama anak-anak ku tidur ...:) Cadar katil ni sebenarnya pakai queen size punye. Hehe..Tak sempat beli sebab tilam die jenis tebal and susah nak cari cadar tu. So yang ni pun jadilah kan..??? :)



Tinggal beberapa benda saya tak buat lagi :

1. Cermin ( wajib ada sebab nak solat nak tgk ada rambut kuar ke tak ..:P and sebelum keluar rumah leh belek tudung jap ..hihi..)

2. Shelf ( ni nak yang comel2 je, sebab nak letak quran, letak buku-buku or kitab yasin ke, jam ke)




3. Frame ( nak dyi frame doa. nanti kalau dah buat saya share naaa)
Ok..jom singgah blog http://susunatursioca.blogspot.com/

Best tengok blog kak fizah ni...:)









Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

0 comments: