18 December 2013

Tips pam di ofis dengan berjaya!


Setelah lebih kurang 10 bulan meninggalkan sesi mengepam di ofis, kini rutin kembali lagi..:) Ada yang rasa susah nak mengepam di ofis kan? Sebenarnya sangat senang tau..jom saya share cara saya merutinkan diri dan utilize masa dengan baik ye..:)

1. Jika nak lebih etika, mintak izin dari boss anda untuk pam..bukan lah setiap kali nak pam pergi mintak izin..bukan..just let them know  once.so tak adalah mereka tercari-cari jika kita tak ada kat tempat kita kan?? And mereka akan lebih menghargai kot sebab kita minta izin..:)

Yang ni contoh saya email boss saya..see..dia tak kisah..seriously best giler!!










2. Jika boss dah bagi izin, guna masa tu sebaik-baiknya. Macam saya sebelum datang kerja dah pam sekali. Kat ofis pam 3 kali. Tak sampai 20 min pun sebab guna double pumping. Double pumping adalah salah satu cara untuk jimatkan masa dan juga simulate susu lagi banyak. So saya memang akan vote for double pumping even lagi mahal dari single pump. Tapi kalau tak ada budget, takpe, guna je apa yang ada, janji sesi mengepam jangan skip

3. Macam saya sambil pump saya akan update fb, akan update post di page, akan follow up dengan customer. So kerja 2 in 1. Saya memang suka multi task..jimat masa sangat2!..So you all kalau tak ada bisnes macam saya boleh buat ape2 yang patut, nak baca quran ke, nak zikir ke nak baca info2 dalam internet ke atau nak tidur pun boleh..hihi..its all depend in you.

4.  Nak jimat masa lagi? tak perlu basuh-basuh pam tu banyak kali. Simpan je dalam cooler bag bagi sejuk. Macam kita simpan dalam peti sejuk jugak..tapi make sure cooler bag tu bersih. Atau kalau nak senang lap dengan kain atau tisu. Balik rumah baru sterile.

5. Pastikan cukup storage bottle atau storage bag, cooler bag yang sesuai untuk pergi ke ofis. Biar selesa baru best.

6. Jika ramai geng ibu yang mengepam di ofis, boleh tubuhkan group ibu-ibu menyusu ker..hihi..kat PROTON ada tau. Group whatsapp untuk mothers. Macam-macam boleh share di sana. So boleh exchange tips & info..

7. Elakkan compare hasil perahan anda dengan rakan anda. Mungkin kawan tu dapat 2 botol penuh, kita dapat 1 botol sahaja.Tak apa. Syukur sebab itu adalah rezeki anak dan memang banyak itu aje anak kita minum.

8. Kalau tersangat busy atau meeting, minta izin keluar sebentar untuk pam, dalam 10 minit pun jadi . Tak perlu pam habis tapi perah sedikit untuk maintain supply dan kurangkan bengkak. Kalau tak ada orang kat ofis, atau di cubicle, boleh pam aja di situ cover dengan shawl. Yang ni perlu ada keberanian yang luar biasa. hihi. Saya pernah buat dulu masa kat ofis lama sebab memang tak ada lelaki. Workers kerja di bawah dan kadang-kadang jer mereka naik ofis. Itupun dia orang tak perasan langsung..hihi..

Ada tips lagi? Jom share!!



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

0 comments: