03 November 2013

Nak tahu bayi kenyang atau tidak?

Dah lama tak cerita pasal breastfeeding kan..dah hampir 9 bulan saya tinggalkan dunia penyusuan..kini saya kembali menggamit memori dalam dunia penyusuan..alhamdulillah dah hampir 20 hari menyusukan anak saya..dari dapat beberapa titisan emas alhamdulillah susu meriah dengan izin Allah..

Hari ni saya nak share tentang macam mana nak tahu bayi kenyang dengan susu ibu sebab pergi mana pun ramai ibu yang kecundang untuk menyusukan anak mereka sebab alasan susu tak cukup..baby tak kenyang!! Haish..inilah perkara negatif..sebab itu kita kena ada ilmu untuk menilai sesuatu...

Susu ibu terdiri dari hindmilk dan foremilk..foremilk ni ialah susu yang agak cair..cair macam air soda..selalu bila pam akan keluar susu yang cair ini dulu..cuba tengok bila pam..memang akan keluar yang cair dulu..dah lama-lama pam akan keluar susu pekat(hindmilk)..bayi perlukan kedua2 bahagian susu ini..so nak tahu bagaimana bayi kenyang?

1) bagi bayi minum selama minimum 10 minit agar mendapat kedua-dua komposisi susu
2) lihat atau periksa najis bayi..jika kuning bijian maksudnya cukuplah susu yang diminum..kalau kehijauan tu maksudnya susu foremilk tu lagi banyak dari hindmilk..

Senang kan! Sebab tu saya sangat lega bila tengok anak poo poo dengan jayanya!tak perlu nak risau dah..;)

0 comments: