11 September 2013

Siapa cakap susu ibu tak cukup? Meh saya sebat!!

Wah..saya dah masuk 35 weeks..pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan terakhir..memang dah sarat sangat dah ni..Pergi kerja pun dah macam penguin..hihi..Jujurnya, anak yang ke-2 ni memang sangat letih dan tak larat. Banyak sangat mild contraction dan sakit pinggang. Ada yang jangka saya bersalin awal, tapi hanya Allah sahaja tahu bila lah nak keluar si kecik comel ni...:)

Bila fikir-fikir balik, memang saya tak prepare ape2 lagi untuk berpantang. Vitamin shaklee pun tak check lagi cukup ke tak sebab sangat busy dengan kerja dan bisnes. Tapi minggu lepas dapat alarm kot..tetiba rasa rindu nak breastfeeding..Journey yang sangat indah. Siapa yang sia-siakan journey ini memang sangatlah rugi kecuali atas sebab2 tertentu..

Niat saya nak menyusukan syamil selama 2 tahun, namun rezeki nya hanya sampai setahun lebih. Terkilan, tapi mampu redha dengan rezekinya..Anak ke-2 saya nak menyusukannya sehingga 2 tahun insha Allah.

Ok back to topic :

Kenapa ramai ibu gagal menyusukan anak mereka??

Salah satu puncanya adalah mindset yang negatif tentang tak ada susu di awal kelahiran bayi. Percaya tak, perut bayi hanya sebesar guli sahaja masa dilahirkan..kirenye hanya perlu satu sudu susu sahaja ye..bukan 2 oz atau 3 oz...bayangkan ada sesetengah individu yang menyogok susu formula sampai 3-4 oz sekali minum. Huhu..kesian baby tu..susah dia nak proses kerana usus jadi berat. Memang bila baby di bagi minum susu formula boleh kenyang berjam2 sebab sukar untuk dihadam. Berlainan dengan susu ibu ye, senang dihadam dan cepat kenyang.

Mind set kena betul! Jangan ikutkan sangat cakap orang. Gali ilmu sebanyak yang mana boleh. Zaman sekarang ni, orang yang kerja pilot dan askar pun boleh fully breastfeed..Apatah lagi hanya kita yang bekerja di depan pc sepanjang masa.

Sentiasa menyusukan anak anda di awal kelahiran. Jangan putus asa, jangan cepat give up, pengorbanan yang selama beberapa masa ini mampu membuatkan anda tersenyum di kemudian hari. Percaya atau tak, saya lagi suka breastfeed sebab tak perlu nak bancuh2 susu tengah pagi or malam..tak perlu usung bakul susu bagai. Its just INSTANT!

Ok???

Jom check checklist untuk ibu menyusu (awal kelahiran)

1. Breast pump ( Wajib! sebab kita tak tahu anak kita ada komplikasi atau mungkin ditempatkan di inkubator, so breast pump ni membantu kita mengelak dari bengkak susu dan susu merudum)

2. Botol storage ( bukan untuk buat stok awal-awal kelahiran, tapi untuk kecemasan)

3. Nursing cover ( jika segan nak menyusu depan orang ramai )

4. Google! ( untuk gali ilmu tentang penyusuan atau boleh beli buku penyusuan siap-siap )


Yang ni asas lah..yang lain macam-macam leh add on ikut budget masing-masing : ada yang beli lengkap semua dari nursing pad, nursing pillow, macam-macam lagi la...

Tapi, yang penting, konsep asas perlu difahami ok??

Selamat menyusukan anak anda!!!

Cant wait for my 2nd journey :)


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

0 comments: