20 August 2013

Harta itu kotor, bersihkanlah dengan zakat

Hari ini nak berkongsi cerita pasal zakat pula..sebab ramai yang masih ambil remeh tentang pengeluaran zakat ini. Bagi mereka, takut jika harta mereka akan berkurang dan tidak mencukupi padahal ramai yang tak tahu AJAIBNYA bila mengeluarkan zakat...

 “Dan pada harta-harta mereka ada hak unuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapatkan bahagian.” (Adz-Dzariyat: 19)

 “Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka (bahawa mereka akan mendapat) siksa yang pedih, pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka jahanam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung, dan punggung mereka, (lalu dikatakan) kepada mereka: ‘Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan itu’.” (At-Taubah: 34-35)

“Ambillah zakat itu dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan (harta) dan mensucikan (jiwa) mereka” (QS. At-taubah : 103)

"Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allâh akan menggantinya dan Dia-lah pemberi rizki yang sebaik-baiknya.” (Saba`/34:39).

Yang ni baru antara petikan firman Allah dalam al-quran tentang zakat...masih ada banyak lagi ayat yang menegaskan tentang kewajipan berzakat. Jadi mengapa kita harus syak wasangka dengan Allah? Sentiasa lah yakin dengan Allah bahawa rezeki akan bertambah subur dan berkat apabila mengeluarkan zakat. 2.5% itu bukan milik kita ye...sama lah macam kita makan harta orang jika kita tidak berzakat dengan sewajarnya...

Tak banyak pun nak bagi zakat..Allah tak bebankan hambaNYa...

Contoh : Jika income lebih kurang dalam RM 5000.00, 2.5 % daripadanya adalah RM 125 sahaja. Banyak ke? Jika cakap banyak kenapa boleh belanja sakan dengan RM 5000 tu? tak salah pun kalau nak berzakat lebih pun...Yang penting ikhlas kerana Allah...insha Allah harta akan dibersihkan dan menjadi lebih bersih :)

JOM BERZAKAT!!!




Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

0 comments: