16 March 2013

PERIOD PAIN..memang sakit!

period pain

Sebut pasal PERIOD PAIN atau SENGGUGUT memang semua wanita yang pernah mengalaminya gerun. Memang sakit bersalin lagi sakit. Tapi sakit ni jika bulan-bulan mengganggu hidup, memang serba tak kena.

Masa saya belajar dulu, ada rakan saya yang hampir 2 hari MC sebab sakit yang tak tahan sampai muntah dan pengsan. Pelik juga, walaupun saya pun bulan-bulan tak pernah miss sakit tuh, tapi Alhamdulillah boleh lagi pergi ke kelas cuma nak fokus tu susah sikit.

Sebab period pain ni sakit dia tak sama untuk semua wanita. Ada yang MILD je, ada yang sakit teruk ada yang tak pernah sakit pun ada.  Ada yang cakap lepas bersalin dah tak ada senggugut. No! Dah bersalin pun ada yang masih senggugut ok!

Antara simptom-simptom period pain :
1. Sakit abdomen yang amat ( tak boleh nak describe sebab yang alami sahaja tahu..:) )
2. Sakit tulang pinggang dan ke bawah
3. Tidak boleh fokus atau berjalan dengan baik
4. Muntah atau pengsan ( kes teruk)

Antara sebab-sebab berlakunya period pain :
1. Serviks sempit
2. Ovari ada cyst
3. Infeksi
4. IUD mengganggu

LAGI SATU : Ia terjadi sebab rahim dirangsang oleh PROSTAGLANDINS, sejenis bahan kimiah yang terlibat dalam kesakitan dan keradangan). So semakin banyak PROSTAGLANDINS, semakin bertambah lah sakit itu.


CARA-CARA UNTUK MENGURANGKANG PERIOD PAIN :

1. Diet yang seimbang dengan buah dan sayuran. Fiber yang cukup boleh menyingkirkan estrogen yang berlebihan.
2. Pengambilan vitamin E, Kalsium , Magnesium dan Vitamin D yang cukup. Kalsium dan magnesium berfungsi untuk mengurangkan kejang otot pada perut dan menyokong sakit tulang akibat period pain
3. Regular check up . Bincang dengan doktor jika sakit yang teruk

4. Elakkan XENEOESTROGEN & PHYTOESTROGENS kerana dua bahan ini mengakibatkan menstrual cramps. XENEOESTROGEN selalu didapati dalam shampu atau serbuk cuci ( yang ni lah sebab kita digalakkan guna bebas toksik ;) ) PHYTOESTROGENS pula selalu terdapat dalam herba-herba buatan sendiri.Kedua unsur ini boleh mengakibatkan kekurangan vitamin B dan Magnesium sekaligus membawa kepada kejang perut semasa period

5. Baring dalam posisi yang selesa
6. Tuam perut dengan botol panas berbalut ( saya pernah buat dulu memang mujarab) . Ia seakan merelease otot masa kejang
7. COKLAT ( yang ni bergantung pada individu. saya suka coklat dan ia membantu hilangkan sakit saya..hehe)

JOM CURE PERIOD PAIN dan jalani hidup dengan ceria!




Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

0 comments: