12 March 2013

Apple pie sedappppp

Hari ni nak tukar selera pula update blog, semalam dah berjaya buat PIE EPAL...memang sedap..cuma manis sebab saya guna epal merah yang manis. so tak terfikir nak kurangkan manis dalam inti tu..heheh...tapi memang tercapai hajat lah..:)

Bahan-bahan :

Inti :
6 biji epal ( hijau /merah)
200 g gula pasir
20 g tepung jagung
sedikit air

Untuk Doh:
500 g tepung gandum
200g gula halus ( tak nak pun tak ape sebab inti pie tu dah manis)
200g mentega
2 biji telur
Esen vanila


Ni bahan-bahan untuk inti epal. Panaskan air dan gula

Lepas tu masuk epal yang dah dipotong dadu. Masak sehingga perang. Angkat dan ketepikan


Ni doh tepung, masuk semua bahan2 doh dan gaul sebati. Pakai tangan je baru tahu tekstur
Simpan dalam peti sejuk 30 minit
 Letak lapisan pertama doh lebih kurang 1/2 inci. Pastikan loyang digris dengan mentega dan tepung. Kalau nak senang guna acuan pie. Saya ni nak cepat so pakai loyang je. hihi


Masukkan inti epal yang dah masak tadi. Ratakan

Letak lagi lapisan di atas untuk tutup epal. Pastikan tutup betul-betul. Masak dalam ketuhar 200 degree selama 20 minit. Tengok sekali sekala perubahan dalam ketuhar tu.

Tadaa...dah siap...boleh potong dan makan.. Saya makan dengan ESP..memang kombinasi hebat!hehe..





Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

0 comments: