19 December 2012

Berapa oz susu ibu diperlukan?

Alhamdulillah, murah lagi rezeki Syamil untuk menikmati susu ibu. Syamil dah berusia 10 bulan++ and syamil dah mula makan dengan baik. Awal-awal dulu memang susah nak bagi dia makan. REASON : HE WAS NOT READY TO EAT. Nasiblah saya tak risau sgt bila dia tak nak makan.

Ok. back to topic. Ramai ibu-ibu musykil tentang amount susu yang perlu dibekalkan untuk anak-anak mereka especially bila anak kurang dari setahun. Please ye, jangan compare anak orang lain dengan anak kita. Maybe anak orang lain minum banyak, anak kita minum sikit but if its enough for them then its ok.

Sama je konsep dengan orang besar. Kadang-kadang portion kita makan tak sama kan? Ada yang makan 2 pinggan nasi, ada yang makan 1 pinggan dan ada juga yang makan setengah pinggan. Well, yang ni bukan untuk yang berdiet. PEMAKANAN NORMAL. So bila exceed, kadang-kadang kita rasa tak boleh go thru. macam tulah juga baby. Tak perlu paksa dia if dia tak mahu minum.

FAKTA SALAH : Susu ibu perlu meningkat OZ dari masa ke semasa

FAKTA : Susu ibu biasanya akan berkurang dari masa ke semasa unless ada demand yang tinggi. Keperluannya juga tidak meningkat sangat macam susu formula. Itulah keunikan susu ibu.

Anak saya hampir setahun, sampai sekarang dia hanya minum 3-4oz per feeding dan saya bekalkan 12 0z sehari. ( Pukul 8-6 petang). Saya kadang-kadang pernah juga letak lebih stok, tapi jarang sangat habis.

Boleh baca lebih lanjut tentang requirement susu untuk toddler di sini



Chilled EBM untuk 2 sesi
Ni hasil untuk 2 kali sesi. Pukul 8 dan pukul 11pagi. Saya akan make sure dapat pam 3-4 kali sehari untuk kekalkan supply.

So untuk mommies semua, jangan risau tentang susu tak cukup or whatsoever.

Kalo anak anda mula minum banyak, tandanya mungkin :

~Bila menyusu rasa tidak puas dan asyik menangis. Cuba sua botol yang ada EBM, jika anak minum, bermakna dia memerlukan kuantiti yang lebih. Tapi, cuba juga perah selepas dia DF dan rasa tidak puas. Kalau memang susu tak keluar, mungkin anda harus tingkatkan demand dengan cara power pumping atau tandem nursing. Jika susu keluar lagi atleast 0.50z -1 oz bermakna anak anda mungkin tak ada mood untuk DF or mahu botol. Kena troubleshoot!



TROUBLE SHOOT IS ON OF THE WAY TO MAKE BREASTFEEDING JOURNEY SUCCESFULL!

All the best!

Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

0 comments: